"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Elaun Tok Batin: Najib pembohong - Jubli Blat

SHAH ALAM, 29 Okt: Pegawai Penyelaras Komuniti Orang Asal Negeri Selangor, Jubli Blat hari ini mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai kenaikan elaun kepada mereka, adalah permbohongan kerana ia bercanggah dari hakikat sebenar.

Ini berikutan pembayaran elaun tok batin berjumlah RM450 yang didakwa dinikmati mereka juga tidak benar, apatah lagi dilambungkan kononnya mereka bakal menerima elaun berjumlah RM800 mengikut belanjawan 2011.

Najib pada pembentangan belanjawan 2011 dengan bantuan media arus perdana menggembar-gemburkan imbuhan dengan kenaikan elaun tok batin dari RM450 kepada RM800.

Malah, proses pembayaran elaun RM450 ringgit juga bukan secara bulanan, sebaliknya bergantung kepada ehsan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Percangggahan ini menimbulkan pelbagai persoalan sekaligus menunjukkan pemimpin Umno Barisan Nasional cuba memperkotak-katik orang Asli melalui tok batin.

"Apa yang kita pertikai elaun yang diterima setakat ini hanya RM200 bukan RM450 seperti yang dikatakan jadi ingin saya ketahui kemanakah pergi baki RM250 lagi?

Lantaran itu, katanya lagi tidak hairanlah golongan tok batin orang asli tidak menaruh minat terhadap pengumuman Najib, malah semakin lali dengan momokan sedemikian.

Menurutnya, bagi orang Asli, mereka terpinggir dari arus kemajuan walaupun kerajaan Umno BN tidak habis-habis menyatakan mereka sentiasa menghulur bantuan.

Lantaran itu, katanya lagi, mereka mahu kerajaan Umno BN menunjukkan bukti pengagihan elaun sebelum ini dan tidak hanya bercakap melalui media kawalan mereka.

Tiada ulasan: