"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuduh khalwat: Nik Aziz setuju dibawa ke mahkamah

Nazri Abdullah
GUA MUSANG, 26 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan kononnya calon PAS berkhalwat.

Ketika ditanya wartawan tentang wujudnya tuduhan terhadap Dr Zulkefli Mohamed pernah ditangkap khalwat, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau bersetuju tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

"Nak tuduh boleh tuduh, tapi betul ke tak benda tu. Saya setuju kalau benda tu bawa ke mahkamah. Dia (Zulkefli) nak bawa ke tidak, terpulang pada dia," katanya.

Zulkefli sebelum itu berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh bagi tindakan adalah bergantung kepada tindakan dilakukan Umno-Online terhadap permintaan yang pertama itu,” katanya.

Selepas diisytiharkan calon PAS, beliau dilaporkan media Umno-Online bahawa pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramlelah Mat Jusoh.

Zulkefli dengan tegas menafikannya kerana Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya, sedangkan isterinya ialah Zainab Jalar.

“Berkenaan dengan hak yang dikeluarkan dalam Umno-Online yang dikatakan saya terlibat dalamkes khalwat, kemudian diletak pula nama Ramelah binti Mat Jusoh.

“Ramelah binti Mat Jusoh itu adalah sebenarnya emak saya, dan untuk kes khalwat ini sepatutnya dibuat semakan di mana-mana Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah untuk dipastikan, dan (kes yang dibangkitkan ini) saya menafikan sekeras-kerasnya,” ujarnya.

Tiada ulasan: