"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mu ambik bini aku, Aku ambik bini mu

JAKARTA: Seorang lelaki dari daerah Pamekasan, Jawa Timur, menghadapi perbicaraan selepas dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri bekas sahabat baiknya.

Khoirul Anwar, 46, menuduh Sugianto, 40, ada hubungan sulit dengan Kamariyah hingga menyebabkan isterinya hamil, lapor akhbar Republika.

Plaintif berkata, hubungan sulit mereka berlangsung dua tahun selepas bertemu ketika berkelah.

Hubungan terlarang itu menyebabkan Kamariyah meninggalkan rumah dan tidak pulang sehinggalah dia mengandung, katanya.

Oleh kerana marah dikhianati, Khoirul mengemukakan aduan dengan polis dan menuduh Sugianto ‘mencuri’ isterinya.

Dalam perbicaraan Khamis lalu, Khoirul meminta Sugianto bertukar isteri dengannya sebagai cara membayar ganti rugi atas perbuatannya.
-Agensi-

Tiada ulasan: