"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Israel dilanda ribut pula

BAITULMAQDIS, 12 Dis: Setelah kebakaran besar hutan di bandar pelabuhan Haifa yang mengorbankan 43 orang, Israel kini dilanda ribut selaju 100 km sejam di bandar persisiran pantai Netanya.

Ribut kencang disertai hujan lebat itu telah menumbangkan pokok-pokok menyebabkan seluruh negara rejim itu terputus bekalan elektrik.

Radio awam melaporkan, ribut turut menyebabkan seorang pelancong Rusia hilang manakala pihak berkuasa taman negara terpaksa menutup hutan simpan di selatan padang pasir Negev kerana kemungkinan berlaku banjir.

Pihak polis masih gagal mengesan lelaki yang hilang kerana cuaca buruk dan ribut kencang di persisiran pantai itu, lapor radio rejim zionis.
-AFP-

Tiada ulasan: