"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar lancar buku krisis politik di Perak

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com

loyarburuk nizar and supportersBuku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut.

Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.

Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik

Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut.
yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak. dan para aktivis.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: