"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Speaker mempunyai kuasa isytihar kerusi kosong – Ragunant

SHAH ALAM, 24 Jan - Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunat Kesavan menegaskan, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Kim mempunyai kuasa untuk mengistiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang.


Tegasnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan kekosongan bagi kerusi parlimen dan Dun, tidak termasuk Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Justeru Ragunath yakin tidak berlaku sebarang pelanggaran kuasa mahupun perundangan apabila Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang baru-baru ini.

“Kuasa itu terletak di tangan speaker kalau ikut Perlembagaan Negeri Selangor. Tidak ada isu tentang melanggar Perlembagaan Persekutuan sebab Perlembagaan Persekutuan itu untuk kerusi-kerusi parlimen. Ini Perlembagaan Negeri untuk kerusi-kerusi Adun,” kata Ragunath ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Sebelum ini dilaporkan, Datuk Wira sebagai berkata, Perlembagaan Negeri tidak seharusnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Waima, Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan SPR berhak memutuskan kekosongan kerusi namun ia tidak terpakai kepada negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Penghakiman itu ekoran krisis perlembagaan di Perak pada 2009.

Bagi empat negeri yang terkecuali, perlembagaan negeri memperuntukkan bahawa kekosongan biasa hendaklah diisi dalam masa 60 hari daripada tarikh ia diumumkan kosong.

SPR sebelum ini mengesahkan sudah menerima notis kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang pada Sabtu.

Oleh yang demikian, suruhanjaya itu mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi itu.

Teng sebelum ini berkata, SPR boleh dianggap sebagai menghina Dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jika tidak mahu memanggil pilihan raya kecil (PRK).

Sementara itu menurut Ragunath, walaupun dari segi perundangan tindakan Speaker Selangor adalah tepat namun beliau ada hak untuk mencabar keputusan itu.

“Tapi kalau Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ini tidak berpuas hati, beliau boleh bawa perkara ini ke mahkamah. Itu terpulang pada dia,” tambah Ragunath.
-selangorkini-

Tiada ulasan: