"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Padang Serai umum letak semua jawatan PKR

Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.

Menurut Gobalakrishnan, beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.

Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.
Lima ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikataakn enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
-malaysiakini-

Tiada ulasan: