Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.
Najib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.
"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.
Tidak terkejut
Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.
"Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya," kata Anwar mengulas laporan CNN itu.
Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.
"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.

Najib takut
Menurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib.
"Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”
Anwar sebelum ini telah dituduh oleh musuh-musuhnya mempunyai hubungan dengan badan pemikir Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika. Pertubuhan itu juga dengan pertubuhan Muslim Brotherhood atau Muslim Ikhwanul yang didakwa membiayai rangkaian pengganas di seluruh dunia."Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”
Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.
Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".
Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.
"Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan.”

-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan