"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembunuhan Peguam Masih Misteri

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Walau sebulan berlalu tetapi misteri motif pembunuhan kejam seorang peguam terkenal di Perak pada 16 November lalu masih berada dalam keadaan tanda tanya.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D.Jeyakumar berkata tiada suspek yang didakwa oleh polis kerana ada sumber memberitahu suspek merupakan orang yang berpengaruh dan mempunyai hubungan baik dengan pegawai atasan polis.

"Tapi masalahnya sekarang ialah 'crime suspect', dalang itu ada orang-orang kuat di belakang dia, keluarga dia ada beberapa orang Datuk dan juga bekas pegawai polis yang tinggi. Jadi sekarang tugas profesional polis sekarang ini telah disekat, kami mahu polis selesaikan kes ini secara profesional," katanya.

Ekoran daripada tiada tindakan diambil polis, Parti Sosialis Malaysia atau PSM telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyerahkan Memorandum kepada Ketua Polis Negara.

Menurut Presiden PSM, Dr Nasir Hasyim, jika tiada tindakan diambil walaupun selepas memorandum diserahkan, pihaknya akan meminta rakyat membela kematian peguam yang banyak memberikan khidmat kepada rakyat miskin di Perak. 

"Andainya masih tidak selesai kami akan berbalik kepada rakyat dan memberitahu bahawa ia tidak bergerak dan kita serah kepada rakyat untuk bertindak membuat laporan polis dan apa saja supaya kematian ini dibela," katanya.   

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada 16 November tahun lalu di Desa Rishah, G Balasundram, 57, seorang peguam yang sering memberi khidmat percuma kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), maut ditikam dua lelaki bertopeng dipercayai pembunuh upahan.

Bagaimanapun kumpulan yang disyaki menyerang mangsa telah ditahan oleh polis pada pertengahan bulan Disember 2010 sehingga sekarang.
-tvsnews-

Tiada ulasan: