"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tokong dapat RM500,000, Melayu MEREMPAT di Pontian, Johor

amkns
Berita Harian 27 Nov 2010. LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.

Dari Blog Singalautmetro
KISAH SEDIH KELUARGA MISKIN PAPA KEDANA DI PONTIAN, JOHOR
 
Wednesday, January 26, 2011
KITA BACA PERLAHAN-LAHAN, KEMUDIAN KUNYAH HALUS-HALUS. KEMUDIAN SIMPAN DALAM HATI CERITA ANAK MELAYU INI!  

SEPASANG kembar berusia 18 tahun dan kakak mereka yang berusia 20 tahun, di Kampung Jalan Haji Tahir, Tanjung Piai, Kukup, Pontian, terpaksa membuang jauh-jauh impian untuk menjadi anak Melayu yang berpendidikan tinggi kerana berdepan kehidupan sulit kedua-dua ibu bapa yang sakit. 

Si kakak, Norasiah, anak sulung pasangan Rosli Mohd Amin, 46 dan Norsidah Ahmad, 41, bergenang air mata bercerita sebuah keterpaksaan melupakan cita-cita menjadi seorang guru demi dihamparkan kemiskinan hidup keluarganya itu. 

"Saya terpaksa melupakan impian semuanya kerana kesusahan keluarga. Saya buat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM di SMK Sri Kukup. 

"Saya tak tergamak melihat ayah dan ibu menderita. Jika mereka boleh menjaga saya dan adik-adik saya sejak kecil, kenapa pula kami tidak boleh menjaga mereka (ketika dalam keadaan susah dan sakit sekarang)" demikian antara kata-kata Norasiah ketika NST menemui mereka pada satu majlis gotong-royong yang dianjurkan oleh penduduk untuk memperbaiki rumah keluarganya yang telah uzur. 

Penduduk kampung yang simpati di atas kesusahan hidup keluarga berkenaan telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM4,000 bagi membiayai kos membeli barangan memperbaiki rumah keluarga Norasiah. Norasiah juga memberitahu kedua-dua adik kembarnya, Mohd Razak dan Norizan, terpaksa berhenti sekolah selepas tamat tingkatan tiga lima tahun lalu. 

"Saya faham pelajaran amat penting (untuk masa depan) tetapi adik-adik tiada pilihan terpaksa korbankan pelajaran mereka demi menjaga aya dan ibu. "Saya berharap sangat akan ada seseorang (dalam dunia ini) yang sudi membantu agar kedua-dua adik saya kembali menyambung pelajaran mereka kerana saya tidak mampu membayangkan masa depan mereka tanpa pendidikan yang tinggi," kata Norasiah saya petik dan olah dari laporan NST. 

Untuk pengetahuan, ayah mereka, Rosli kini hanya bekerja kampung dan mengidap sakit misteri, manakala ibu mereka sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail kerana mengidap barah usus. 

Nah...apa yang boleh dikatakan tentang kehidupan ini. Barangkali Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh meluangkan sedikit masanya di Tenang untuk melawat keluarga Norasiah ini.
 
Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa, tapi teringat pesan datuk nenek moyang saya dulu bahawa katanya, Melayu tidak akan miskin, masih segar dalam ingatan ini.
Salam dan maaf buat Ahmad Maslan. 

Posted by SINGALAUTMETRO at 6:40 PM 
 
Peruntukan RM500,000 bina dewan tokong dilulus
2011/01/27
LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata peruntukan itu dipersetujui Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika berjumpa dengan ahli jawatankuasa tokong berkenaan sebelum ini. /bharian

Tiada ulasan: