"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes dera amah: Hukuman penjara ditambah

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi di sini menambah hukuman penjara terhadapnya kepada 11 tahun berbanding lapan tahun sebelum ini, kerana mendera pembantu rumah sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Hau Yuan Tyng, 45, dan meminda tempoh hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen terhadap wanita itu pada 12 November lepas.

Yuan Tyng yang berada di kandang tertuduh kelihatan sebak ketika mendengar keputusan itu.

Dia didapati bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Indonesia Siti Hajar Sadli, 34, dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan oleh Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan serta diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 kepada Siti Hajar, dan Yuan Tyng diperintah menjalani hukuman itu serentak dengan hukuman pertama dan kedua. 
-Bernama-

Tiada ulasan: