A Mum Of Three Mohd
Semalam pergi dengar ceramah Pakatan Rakyat di Malim Nawar. Masa kami sampai, Nizar Jamaluddin, baru nak bercakap. Then, Dr Mat Nur Manuty pula bercakap. Kemuncaknya ialah Anwar Ibrahim. Dia muncul selepas acaranya di Tambun.
Antara yang ingin aku sentuh di sini ialah cerita 154 wanita PKR Ipoh Barat, yang keluar daripada PKR. Aku pernah tulis tentangnya di sini. Sudah menjadi kemestian.... setiap kali ada PRK, berita seumpama ini akan keluar. Berdoyon-doyon orang keluar meninggalkan PKR atau PAS atau DAP.
Dan... apabila sebut jer Ipoh Barat, nama Fauzi Muda mesti disebut-sebut. Sebab.... cerita sebegini memang permainan kegemaran Fauzi Muda. Malah, cerita yang sama akan di rewind berulang-ulang. Sudah-sudah ler tu... Sudah tak laku, buat cara sudah tak laku. Malangnya.... berita sebegini memang suka dibeli oleh media-media pencacai untuk disensasikan.
Semalam, Dr Mat Nur Manuty mendedahkan yang cerita 154 orang kelaur tu adalah cerita yang di-rewind dan di-twist. Terbalik kot rupanya.... Sebenarnya.... PKR telah menerima 255 ahli baru daripada MIC dan UMNO. Tapi biasalah....bak kata rakan blogger Anak Sungai Derhaka di sini, berita sebegini tidak akan disiarkan oleh Bernama atau lain-lain akhbar pencacai.
Namun berita-berita tentang parti -parti dalam Pakatan Rakyat yang di-twist dan di-spin telah menjadi lumrah. Bak kata Dr Mat Nur Manuty.... orang dah mangli!!
Mangli tu, memanglah mangli, tetapi..... kena ambil peduli jugak. Sebab, ia memberi gambaran negatif kepada parti. Sebarang berita yang di-twist dan di-spin mesti diperbetulkan agar persepsi rakyat tidak terpesong, terutama mereka yang berada di atas pagar. Ini penting....
Ingat.... rakyat yang menjadi pengundi atas pagar, kita kena jaga. Merekalah faktor.... yang akan menentukan sama ada kita menang atau kita kalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan