"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Analisis segera: 5 faktor kekalahan PAS di S'wak

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera

Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti.

Kempen lambat

Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin

Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN.

Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi.

Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu

Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - dilihat menakutkan masyarakat Melayu.
-malaysiakini-

1 ulasan:

atiq berkata...

PAS di bubar atau menajadi komponen BN!
Itu sahaja yang boleh memenangkan dan menjernihkan perjuangan PAS kepada umat Islam di Malaysia ini.
Jika memperkatakan kelemahan PAS
1. Parti ini tidak mempunyai sasaran yang betul dalam kontek mempertahankan dan untuk pengisian Islam di Malaysia . Sekiranya sasarannya untuk memerintah secara total adalah mustahil secara sistem demokrasi saperti ini walaupun bertaat setia dengan parti2 berbagai kaum di PR. Kecelaruaan kepentingan diantara komponen PR ada asas malah bertentangan antara satu sama lain. PR menanggap masalah akan selesai dan keserasian akan didapat setelah memerintah, hanyalah untuk meraih sokongan semata-mata seperti di kerajaan negeri p.pinang, selangor, 11 bulan di perak.
2. PAS di jadikan alat untuk dijadikan laluan mudah pihak berkepentingan dan ingin melihat kedudukan Islam/melayu hancur. Serangan kepada sistem negara raja berpelembagaan, mencipta pemecahan sikap reform dan lama yang melanggar adab, menanam budaya buruk dimana amalan mengaibkan amalan orang tanpa tertib betul pada kepentingan berpolitik,Tidak mengambil erti kesyukuran kepada yang disediakan kepadanya malah meningkatkan rasa kebencian tanpa sempadan dsb lagi adalah agenda orang lain.
3.PAS tidak membangun bersama Islam.
Perbezaan pendapat dan pandangan tidak dianggap sebagai pengukuh.Ia dianggap patut di hindar dan jika ada patut di hapus. Komunikasi cara begini bukanya unsur untuk perpaduan dan itulah yang ada pada PAS. Keadaan ini menutup PAS melihat tujuan dakwah; disalah erti sebagai menghukum dan bukan mendidik.Ringkas kata Ego dan berasa hebat berluas-luasa kesetiap pemimpin dan ahlinya sekali. Bentuk sedemikian tidak di perdulikan oleh PAS sehingga modal insanya hanya ingin kemenangan pada politik. Sedang itu hanyalah kemunduran modal.
PAS buta hati
Sangat sakit menerimanya bagi mereka yang tidak ikhlas.di perkatakan begitu. Dalam arina politik mereka yang kental jiwanya kepada nilai hati ini, akan dapat melihat sejarah dan situasi akan membawa mereka kemana.Mengharapkan PR dibanding BN merupakan jalan keburukan. Ini adalah kerja hati sebagai ujian dan bukanya diguna mengharap keajaiban Allah Allah semata untuk membantu.Yakinkah ank cucu yang kita tinggalkan akan memberi kebajikan bila kita mati
berkeadaan buta hati itu di arina politik ini.
bla..bla

he he
aku nak makan k. lauk hari ini kari kerang dan togeh. Simpel jer tapi sedap bagi aku leeer.