"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aku Marah Kat Mat Sabu Sebab Duit Nenek Moyang Aku Di Kebas UMNO

periapahit

Aku marah betul la kat Mat Sabu. Yang dia pi kacau sejarah Malaysia pasai apa? La ni semua jadi haru biru. Negara Malaysia Merdeka tanpa dijajah. Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Maharajalela dan ramai lagi dah jadi pengkhianat Negara sebab bunuh mata-mata melayu yang berkerja dengan “PENAUNG @ PENASIHAT” British. 

Aku juga marah dekat Mat Sabu sebab lepas ini, akan hilang satu cuti dari kelendar Malaysia. Tak ada lagi sambutan Merdeka. Lagi marah aku pada mat Sabu sebab lepas ini semua buku teks sejarah kena tulis semula…banyak duit tu nak guna. Lagi marah aku pasai lepas ni semua guru sejarah kena masuk kelas pemulihan untuk sejarah baru sebab Mat Sabu kacau sejarah lama.

Lepas ni Majlis Professor Malaysia pula akan minta budget tambahan sebab nak pebetul sejarah lama yang Mat Sabu kacau dan buat sejarah baru.

Lepas ni Polis Di Raja Malaysia kena pi cari kaum kerabat pengkhianat-pengkhianat Negara yang menentang PENAUNG@PENASIHAT British sebab nak pebetulkan sejarah.

Lepas ni juga Zainal Keling tak tidur malam sebab nak kena perbetul sejarah yang lama dan dengan bantuan Ramlah Adam, Prof. Koo dan Mahathir Mohd untuk memnulis sejarah baru.

Tapi dalam banyak-banyak hal ni…yang paling aku marah kat mat Sabu ialah pasai dia duit nenek moyang aku kena kebas dengan UMNO. Kalau Mat Sabu tak kacau sejarah, tentu aku ingat nenek moyang aku patriotik orangnya sebab sanggup bagi gelang, rantai dan sedikit duit kat UMNO (Tunku Abd. Rahman) untuk memohon kemerdekaan dari British. Rupa-rupanya, UMNO tipu nenek moyang aku sebab Tunku bukan pergi berunding pasal kemerdekaan tetapi pergi kursus pentadbiran Negara Malaysia. Dia pi belajar macammana nak urus Negara Malaysia sebab Briitish tak mau dah tadbir Malaysia. Mungkin gaji yang sultan bagikepada penasihat British kalau di convert ke Pound Sterling ciput sangat. Lagi pun tak kan orang British nak dok lama kat Malaysia sebab Malaysia tak ada salji. Pasai tu depa suruh Tunku pi kursus kat England. Pasai duit tak banyak, Tunku kena la minta kat rakyat tanah melayu masa tu untuk pi kursus kat London sebab sultan-sultan Melayu tak dak duit nak bagi kat Tunku.

Pada Mat Sabu, cukuplah hang kacau sejarah tanah melayu. Hang jangan dok pi kacau pasai geografi pula. Nanti jenuh aku nak cari dalam peta kat mana negeri perlis, Kedah atau Pulau Pinang. Silap-silap, kampong tempat Mat Sabu lahir pun akan hilang dalam peta kalau hang kacau geografi.

Aku lagi pening sekarang sebab para pelajar tanya aku, pasai apa cikgu ajaq tak betui. Kata Malaysia merdeka selepas bebas dari dijajah oleh British..tapi hakikatnya Malaysia tak pernah dijajah. Lagi satu buat aku pening ialah bila pelajar aku Tanya aku dalam peperiksaan SPM nanti nak tulis Malaysia di JAJAH oleh British atau di NAUNGI oleh British. Pada pelajar aku, apa yang boleh aku kata kat hangpa,

Lu Pikir lah Sendiri…………………………
-detikdaily-

Tiada ulasan: