"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib nafi naikkan cukai prepaid? ini Buktinya Najib BOHONG !.

AnakSgDerhaka


Utusan Malaysia melaporkan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.


Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya - sepenuhnya sila baca di SINI

Betoika??

Korang tengok pulak muka Najib dalam video ini (sila lihat di SINI).. selamba saja di berbohong..

Aku malas nak komen panjang-panjang dalam isu ini…

Selama ini memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.

Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar.

Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan.

Sebab apa aku kata Najib selamba saja berbohong dalam isu ini katanya
"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,"

Sebenarnya memang Najib dan Kerajaan UMNO/BN tidak pernah meluluskan kenaikkan ini tapi mereka telah menetapkannya di dalam Budget yang dibuat pada 15 Oktober 2010..

Sebahagian Budget..

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN BERDASARKAN PENGUMUMAN BAJET 2011

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Tiada ulasan: