"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar mahu siasat kesahihan dakwaan rakyat Bangladesh diberi hak undi


PETALING JAYA, 17 Sept: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan media yang mendakwa Perdana Menteri Bangladesh mendedahkan rakyatnya diberi taraf kewarganegaraan Malaysia sebagai sesuatu yang serius — yang jika benar membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya negara ini.

Laporan itu muncul ketika pembangkang membuat siri dakwaan bahawa rakyat asing yang bekerja di negara ini mudah mendapat taraf kerakyatan dengan syarat mengundi kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum.
Malah ia juga dikaitkan dengan langkah urusan pemutihan warga asing di negara ini yang berakhir akhir bulan lalu.
“Ini satu dakwaan yang serius. Saya minta rakan-rakan agar membantu menentukan kesahihan kenyataan itu sama ada benar atau tidak,” kata beliau (gambar) pada satu sidang media di sini hari ini.
Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily semalam, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” kata Fuziah yang juha Ahli Parlimen Kuantan memetik pengakuan Sheikh Hasina, yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
The Malaysian Insider turut membawa laporan itu pagi ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu bahawa dakwaan warga asing diberikan kerakyatan adalah tidak benar dan perkara itu akan ditangani oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang bakal meneliti pembaharuan pilihan raya.
Jawatankuasa itu akan dibentuk apabila Parlimen bersidang awal bulan depan.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: