"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waspada isu komunis jika mahu menang PRU13

PETALING JAYA: PAS diingatkan supaya berhati-hati memainkan isu pejuang komunis di Tanah Melayu yang menuntut kemerdekaan jika tidak mahu hilang sokongan semasa Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).

Ini kerana PAS mungkin hilang sokongan daripada akar umbinya sendiri memandangkan majoriti kawasan pilihan raya yang ditandingi PAS terdiri daripada masyarakat Melayu.

“Tujuan media arus perdana memutarbelitkan isu Mohamad Sabu @ Mat Sabu sokong Mat Indera supaya anggota mahupun bekas polis, askar, dan penjawat kerajaan Melayu menolak beliau dan PAS semasa PRU13 kelak kerana mereka melihat iltizam politik Mat Sabu itu secara salah.

“Sebab itu Mat Sabu sepatutnya tidak perlu terus menyatakan mengenai sejarah kebenaran Mat Indera, Askar Melayu Rejimen Ke-10 dan yang lain-lain secara tergesa-gesa buat masa ini kerana semua itu bakal dilihat tidak benar gara-gara propaganda politik Umno-Barisan Nasional (BN).

Jika pilihan raya diadakan sekarang, saya tidak menolak kemungkinan bahawa bukan sahaja Mat Sabu bahkan PAS menghadapi sedikit penguncupan sokongan daripada rakyat baik dalam PAS mahupun di luar parti berkenaan,” kata seorang ahli PAS kawasan Batu Kawan kepada FMT.

Katanya, walaupun apa yang cuba disampaikan Timbalan Presiden PAS itu benar, tetapi isu itu sudah cukup bagi parti lawan menggambarkan Mat Sabu mahupun PAS dilihat sebagai pro komunis.

“Masyarakat Melayu pada era penjajahan (dan sekarang) percaya dengan propaganda British, supaya orang Melayu tidak bersama dengan Askar Melayu Rejimen Ke-10 yang menyokong komunis sekaligus menolak kepercayaan agama atas sangkaan bahawa mereka akan murtad jika menentang penjajahan British dan jika turut serta dalam gerakan gerila tersebut,” katanya.

Sementara itu, ahli PAS Kawasan Tenggara berkata Mat Sabu tidak perlu risau dengan kedudukannya dalam pimpinan tertinggi kerana beliau masih lagi mempunyai ramai penyokong tegar.

Namun katanya isu itu sedikit sebanyak mampu meletakkan PAS dalam risiko semasa PRU13 walaupun sejarah Melayu yang memilih untuk berjuang menentang penjajah secara gerila itu bukan isu baru.

“Umno-BN hampir berjaya mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu penyelewengan undi pos yang dimanipulasi anggota tentera,” katanya.

Tiada ulasan: