"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua Sarjan diarah bela diri kerana mencederakan dua tahanan

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan mencederakan dua tahanan dalam kejadian berasingan di IPD berkenaan.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Sjn Mohd Shafiee Abdul Halim dan Sjn Mohd Diah Sulaiman.

Mahkamah yang mendengar seramai 15 saksi pendakwaan dalam prosiding itu menetapkan esok untuk sambung bicara.

Beliau dalam penghakimannya berkata keterangan saksi disokong oleh saksi pendakwaan yang lain menunjukkan bahawa mereka telah nampak mangsa telah dicederakan oleh kedua-dua tertuduh dengan menggunakan paip getah dan menyimbah menggunakan air panas.

Katanya kredibiliti saksi pendakwaan tidak boleh dipertikai sebaliknya boleh dipercayai serta boleh diterima walaupun wujud percanggahan dalam keterangan saksi yang tidak menjejaskan kes ini.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan lima lagi tertuduh yang turut menghadapi pertuduhan yang sama. 
-Bernama-

Tiada ulasan: