"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kuasa raja 1948 sekadar di kertas - Aziz Bari

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini menolak pendapat ahli akademik terkenal Prof Datuk Ramlah Adam berhubung kuasa saja selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Katanya, berdasarkan kerangka perjanjian itu dan konteks raja berperlembagaan, raja sebenarnya sekadar formaliti dan mula kehilangan peranan.

"Contohnya, meskipun perlantikan menteri besar adalah kuasa mutlak sultan, ada sejarahwan yang mencatat bahawa Umno mendesak supaya para pemimpin mereka dilantik ke jawatan itu.

"Fenomena itu tidak mengejutkan kerana Umno berjaya menggembleng Orang Melayu menentang Malayan Union dan raja-Raja terhutang budi kepada mereka," katanya.

Dr Abdul Aziz juga menolak pendapat Ramlah yang dikatakan dibuat tiga bulan lalu dalam seminar di Brunei bahawa bawah perlembagaan sekarang Agong dan Raja-Raja begitu berkuasa.

"Dia bawa macam-macam peruntukan perlembagaan sebagai bukti. Yang anehnya dia semacam tidak menyedari bahawa peruntukan-peruntukan itu perlu difahami dalam konteks raja berperlembagaan.

"Maksudnya di atas kertas memang raja nampak begitu gagah dan berkuasa sekali. Tetapi kenyataannya raja hanya mengikut nasihat. Dan malangnya dalam hal-hal yang raja ada kuasa pun kita tak nampak apa-apa yang siginifikan," katanya.

Sebagai contoh, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, boleh dilihat dalam bidang agama yang secara peribadi kuasa raja.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz turut mempersoalkan hujah Ramlah bahawa kuasa mentadbir negeri dipulangkan kepada raja pada turut 1948, kecuali Kuala Lumpur yang masih bawah British.

"Bukankah KL waktu itu di bawah Selangor? Tapi dia kata Sultan berkuasa semula di bawah perjanjian 1948.

"Pelik. Macam mana British boleh berkuasa di tempat yang dimiliki oleh Sultan? soalnya lagi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: