"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tergamam, cubaan berbohong disangkal oleh wartawan dengan bukti bergambar

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.
tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBeratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: