"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Besarlah malunya polis apabila terbukti berbohong

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, kata dua kakitangannya, bagi menyuraikan peserta perarakan BERSIH semalam.
Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam kawasan hospital berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front image
Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

polis nafi

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

Bagaimanapun,Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut.

Katanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi mereka berkelakuan baik tanpa membuat bising atau merosakkan apa-apa.

"Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya.

Salah seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena gas pemedih mata.

Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: