"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Allahyarham Baharuddin Selamat Dikebumikan

HULU KELANG, 10 JULAI: Jenazah Allahyarham Baharuddin Ahmad selamat dikebumikan kira-kira jam 12.50 tengahari tadi di Tanah Perkuburan AU4, Keramat. 

Hujan renyai dan air mata mengiringi upacara pengkebumian jenazah. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rusni Melan dan  tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. 

Pada insiden semalam, Allahyarham bersama-sama sekumpulan para demonstran sedang berarak secara aman di hadapan KLCC sebelum polis mengepung kawasan itu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata. 

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan sebelum itu.