Mohd Sayuti Omar
Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini.
Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas. Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.
Inilah gambar menyebabkan pegawai berkenaan dipecat.
Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.
Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.
Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.
Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya dianggap zalim. Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul. Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul.
Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai songkong.
Khabarnya tindakan ke atas pegawai ini dilakukan selepas sebuah blog liar pro Umno menyiarkan gambar pegawai berkenaan yang sedang mencukur jambul anaknya dengan Nik Aziz. Umno oh Umno!
1 ulasan:
Kalau peg tu mash sokong UMNO, tatau la nak cakap ape lagi
Catat Ulasan