"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saman trafik RM2,000, K’jaan ambil kesempatan rakyat musim raya

Aedi Asri 
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

“Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu.

“Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja.

“Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana,” katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani ‘akujanji’ untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.

1 ulasan:

MariaCassiopeia Somewhere on earth berkata...

JPJ DAN ATAS ARAHAN SIAPA? TELAH DAN CUBA UNTUK MENDERA RAKYAT DENGAN TINDAKAN SAMAN YANG TAK MASUK AKAL SEBAB MEREKA BUKAN MENDIDIK RAKYAT TETAPI MENDERA RAKYAT SUPAYA MENJADI TIDAK MENGHORMATI UNDANG UNDANG ... DUIT SAMAN MASUK POKET ORANG ORANG YANG BERKEPENTINGAN JALAN MUDAH DAPAT DUIT SECARA HALUS....