"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lihatlah siapa yang kibarkan bendera ini

Harakahdaily
(Pelbagai bangsa dan agama mengibarkan bendera PAS di Lumut)
LUMUT: Pelbagai bangsa dan agama naik ke pentas anjuran PAS DUN Pasir Panjang, Lumut malam tadi bagi menyatakan sokongan dengan mengibarkan bendera PAS.

Mereka mengibarkan bendera PAS tanda sokongan dan menyokong perjuangannya di majlis makan malam komiti Jentera
Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang.

Majlis diadakan semalam mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Majlis telah diadakan di Marina Island Hall, Teluk Muruh, Lumut bersebelahan kem Tentera Laut Di Raja Malaysia dan Pulau Pangkor.

Antara yang hadir di majlis ini adalah Speaker DUN Selangor, Teng Chan Khim, Adun Sekinchan, Pengarah Starategi PKR Rafizi Ramli, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Chang Leng Kang dan pimpinan setempat DAP, PAS dan PKR.

Tiada ulasan: