"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasangan remaja ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel

Jitra: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel di sebuah motel di Changlun, kelmarin.

Malah, remaja lelaki berusia 19 tahun itu sanggup meminjam kereta bapanya untuk keluar bersama kekasihnya, 19, sebelum menginap di hotel untuk melakukan perbuatan itu.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 2.50 petang.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di motel itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, pasukannya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang disyaki disewa pasangan terbabit yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis.
-hmetro-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Bukanlah nak menyokong budak-budak buat maksiat. Namun itulah realitinya. Kalau nak kahwin banyak belanja. Duit beli cincin, kelengkapan diri, duit nikah, duit hantaran dan belum lagi kenduri kendara dan sewa baju pengantin dan segala mak datuk!!. Kalau ikutkan kehendak masyarakat dan adat lagi enam tujuh tahun pun belum tentu nikah. Kalau ikut assunnah mudah sahaja. Jadi yang susahkah nikah kahwin ialah orang-orang tua yang dah nak mati. Tak boleh bagi budak-budak senang hidup. Tahan ke budak-budak tu kawalan benda-benda dalam seluar-seluar kecik!!. Jangan ingat bila berlaku perkara begini kita orang tua tak terlibat. Sori la sikit. Walau apa-apa pun semuga budak-budak tu bertaubat dan cepat nikah!!