"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu jadi menteri Pertahanan (tumpu pada tanah ATM yang tergadai)

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan tiga daripada tujuh menteri kabinetnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiga pemimpin pa3rti itu mengisi jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

_----_-----
Malaysia Dateline
Mohamad akan beri tumpuan pada isu tanah ATM yang tergadai
DALIA ISMAIL
Presiden AMANAH merangkap Menteri Pertahanan dilantik Mohamad Sabu berkata, beliau akan menumpukan kepada isu membabitkan Kementerian Pertahanan.

“Antaranya saya akan cuba dapatkan laporan terutama mengenai tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan tergadai,” ujarnya ringkas ketika ditemui media selepas diumumkan antara menteri kabinet baharu Pakatan Harapan hari ini.

Ditanya mengenai sebab beliau dilantik sebagai menteri pertahan, Mohamad berkata beliau tidak tahu sebab diberikan tanggungjawab memegang portfolio itu.

“Saya tidak tahu, itu kena tanya Dr Mahathir, ujarnya.

Hari ini Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat khas untuk melantik 10 nama menteri kabinet baharu sebagaimana diumumkan semalam.

Bagaimanapun Majlis Presiden hanya menentukan 3 nama bagi mewakili tiga kementerian utama antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir turun memberitahu Pakatan Harapan akan melantik 15 lagi menteri kabinet yang akan turut disertai Parti Warisan di Sabah dan di Sarawak.

Tiada ulasan: