"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin dedah sebab tak tercalon senarai MB Johor

Mohamad Fadli
JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan keputusan untuk tidak dicalonkan sebagai menteri besar Johor yang baharu disebabkan mahu memberi laluan kepada calon lain.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu berkata mesti begitu beliau sedia berkongsi pengalaman dan menjadi penghubung antara kerajaan persekutuan dengan Johor.

“Nama saya tiada ada dalam senarai. Pengalaman saya akan beri manfaat dan tunjuk ajar, nak kata ‘mentor’ pun boleh kepada calon baru.

“Saya juga sedia menawarkan khidmat nasihat kepada kerajaan Johor,” katanya pada sidang media di Hotel Le Grandeur Palm Resort, Senai, selepas menghadap Sultan Johor untuk menyerahkan 3 nama calon menteri besar.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mengumumkan nama menteri besar Johor yang baharu esok, menurut kenyataan rasmi hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata majlis angkat sumpah menteri besar Johor akan berlangsung esok pada 3.00 petang.

Beliau berkata kemenangan PH memberi petanda untuk pimpinan merapatkan barisan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Johor.

“Bukan rapatkan Barisan Nasional (BN),” kata Muhyiddin bergurau dengan pemberita. “Kita perlu bersama bersatu hati memantapkan negeri Johor.”

Muhyiddin juga berkata barisan exco akan ditentukan selepas menteri besar Johor baharu dilantik.

Beliau juga tidak mendedahkan senarai nama yang diberi kepada Sultan Johor tetapi menjamin calon itu seorang tokoh yang berwibawa untuk laksanakan agenda kepada rakyat.

“Kita akan ikut macam Selangor dan Pulau Pinang seperti pemberian air percuma, menyediakan rawatan kesihatan yang baik, menambah peluang pekerjaan, menambah rumah mampu milik dan menghapuskan lesen peniaga kecil.

“Itu komitmen kita, bukan janji kosong. Kita bantu cari jalan nak tangani kos sara hidup,” katanya.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 DUN, Barisan Nasional (BN) mendapat 19 kerusi dan PAS 1.

Tiada ulasan: