"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Husam: Jika PH menang, Nik Omar jadi MB Kelantan

Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, anak bekas mursyidul am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz akan dilantik sebagai menteri besar, jika gabungan pembangkang itu menang di Kelantan.

“Nik Omar atau (Datuk) Nik Amar (Abdullah) untuk kita pilih sebagai MB.

“Kenapa PAS tak ambil Nik Omar sebagai calon? Kalau ambil Nik Omar, saya akan duduk dalam PAS lagi, tapi nasib baik tak ambil, terima kasih kerana buang Nik Omar,” katanya ketika berucap dalam program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Kampung Cherang, Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu, beliau mengakui gabungan pembangkang itu tidak setanding PAS dan BN dari segi perang bendera di Kelantan.

“Bendera PAS begitu banyak, bendera BN banyak, bendera mata (PKR) tak banyak sebab kita tak ada duit.

“Kita guna duit untuk buat buku, tawaran PH kepada rakyat Kelantan dan kita cetak 250,000 buah.”
-freemalaysiatoday

Tiada ulasan: