"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Merdeka Center: Undi popular BN 37%, HARAPAN 43%, PAS 19%

Tinjauan Merdeka Center yang dibentangkan hari ini menunjukkan undi popular BN terus merosot kepada 37.3 peratus, berbanding 49 peratus pada PRU lalu.
Undi popular HARAPAN pula 43.4 peratus dan PAS 19.3 peratus atau jumlahnya 62.7 peratus, menurut badan kaji selidik itu lagi.
Pada PRU ke-13, BN mendapat 49 peratus undi popular manakala Pakatan Rakyat - gabungan PKR, PAS dan DAP - 52 peratus.
Bagaimanapun dengan sistem first past the post yang diamalkan dalam pilihan raya di Malaysia, jumlah undi popular tidak semestinya mencerminkan jumlah kerusi di Parlimen.
Ia dapat dilihat pada pecahan kerusi selepas PRU ke-13, iaitu BN dengan 133 daripada 222 kerusi (59.9 peratus), manakala Pakatan Rakyat 89 kerusi (40.9 peratus).
Gabungan itu kemudian berpecah - Pakatan Harapan (HARAPAN) diwujudkan manakala PAS membawa haluan sendiri dan menubuhkan Gagasan Sejahtera.
Ia juga ditunjukkan dalam dapatan tinjauan ini, apabila menjangka BN akan menang sekurang-kurangnya 100 kerusi Parlimen, HARAPAN dengan 83 kerusi dan PAS hanya dua kerusi.
Baki 37 lagi kerusi pula menunjukkan persaingan sengit, kata badan itu lagi.
Sokongan Melayu
b
Selain itu, tinjauan Merdeka Center juga mendapati BN mendapat 44.3 peratus sokongan Melayu, HARAPAN (27.6 peratus) dan PAS (28.1 peratus).
b
Sekali lagi, BN mendapat kurang separuh sokongan tetapi kekal dengan peratusan tertinggi dengan perpecahan sokongan terhadap HARAPAN dan PAS.
Dalam keadaan itu, Merdeka Center berkata, kelebihan nampak menyebelahi BN.

"Berdasarkan dapatan di atas, kemampuan BN mengekalkan kepelbagaian sokongan di kalangan pengundi Melayu, selain peluang PAS mengekalkan sekurang-kurangnya satu per empat undi Melayu, kami menjangkakan BN akan menang dalam pilihan raya ini," katanya.

Kaji selidik melalui telefon itu dijalankan Merdeka Center untuk tempoh 9 pagi 28 April hingga 12 tengahari tadi. Seramai 1,579 pengundi berdaftar di 70 kerusi marginal di Semenanjung Malaysia terbabit dalam kaji selidik berkenaan.
Daripada jumlah itu 68 peratus ialah Melayu, 24 peratus Cina dan 8 peratus India.

Tiada ulasan: