"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menang 3 kerusi tapi lebai ni nak jadi ketua dalam kerajaan negeri Perak

Pas ketuai kerajaan Perak jika mahu diajak sertai kerajaan perpaduan
MALAYSIA DATELINE
Pas kena ketuai jika mahu ajak sertai kerajaan perpaduan, kata pesuruhajaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Walaupun hanya menang tiga daripada 59 Adun di Perak, Pas memberikan syarat, parti itu boleh menyertai kerajaan perpaduan yang dicadangkannya di Perak jika parti itu mengetuainya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, ia adalah syarat tambahan kepada tiga syarat yang diberikan Pas sebelum ini jika Pas mahu diajak menyertai kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Pas pusat sebelum ini, lapor Sinar Harian.

“Sebelum ini, sememangnya kita ada meletakkan tiga syarat awal kepada Harapan atau BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di antara salah satu daripada mereka.

“Syarat pertama adalah mana-mana mereka mesti menerima usul pindaan RUU355, syarat kedua, ketiga-tiga Adun Pas mestilah dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dan ketiga, separuh daripada jawatan JKKK, ketua kampung dan penghulu mesti diberikan kepada ahli parti itu.

“Namun kini, syarat itu sudah bertukar kepada kerajaan perpaduan tanpa pembangkang hanya setuju dibentuk sekiranya Pas dipilih mengetuainya, selaras mengikut nasihat mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” katanya sewaktu dihubungi media di sini hari ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Mesyuarat Pas Pusat mencadangkan kerajaan perpaduan di Perak dimana semua parti berada dalam kerajaan dan tidak ada pembangkang.

Ia selaras dengan cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Sementara itu, Adun Tualang Sekah dari BN, Datuk Norlee Radzi telah menyertai PH menjadikan PH mempunyai 30 Adun berbanding BN 26 dan Pas 3.

Tiada ulasan: