"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HARAPAN dapat mandat bentuk kerajaan negeri Perak

Pakatan Harapan Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai HARAPAN.

Perkara itu disahkan Pengerusi HARAPAN Perak Ahmad Faizal Azumu.

“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.
-malaysiakini

Tiada ulasan: