Janji cuti ditepati
3.11am - Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk mengumumkan hari ini (Khamis) dan esok sebagai cuti umum.
Ia selaras dengan janji gabungan berkenaan jika mereka mendapat mandat dalam PRU ke-14 ini.
"Tapi tak ada cuti untuk yang menang (dalam PRU kali ini)," katanya.
Dr Mahathir yang menang di kerusi parlimen Langkawi juga berkata, beliau akan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri siang nanti.
Katanya pihak Istana Negara sudah menghubungi PKR - berdasarkan logo parti yang digunakan HARAPAN - ekoran berita menunjukkan mereka sudah mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan