"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mungkin malaikat tolong kot, kata Hanipa apabila menang PRU 14

MALAYSIA DATELINE 




MP Sepang mengulas belanja kempen BN sehingga RM20 juta untuk iklan sahaja.

“Mungkin malaikat tolong kot,” kata Mohamed Hanipa Maidin, ahli parlimen Sepang apabila menang dalam PRU 14 lalu walaupun dengan kempen minima.

Bagi Hanipa, beliau bersedia untuk kalah dalam pilihan raya lalu apabila menghadapi kempen BN yang dilaporkan kini bernilai RM20 juta untuk belanja iklan kempen sahaja.

“Bila jam 1.45 pagi saya terima result..mak datuk menang dengan majoriti 18,705 undi. Biar betul. Saya bergurau ..mungkin malaikat tolong kot,” kata Hanipa dalam posting di facebook beliau hari ini dipercayai menyindir kenyataan seorang pemimpin Pas Kelantan yang mendakwa malaikat bakal menolong mereka.

Hanipa mengulas laporan bahawa BN tetap kalah walaupun telah belanjakan RM20 juta untuk iklan kempen sahaja.

Bagi Hanipa, pilihan raya kali ini beliau paling rileks sekali.

“Ada kawan tanya saya macam mana kempen saya kali ini (PRU 14)? Saya jawab “paling rileks dalam sejarah.” Keluar luar dari rumah sebelah pagi relatifnya agak lewat..tengah hari dah balik. Rehat kat rumah. Malam keluar balik bila ada ceramah,” tulis beliau.

Menurut Hanipa, apabila ada petugas yang hendak membawa beliau ke satu kawasan pengundi bukan Melayu, beliau berkata, “Saya kata kat dia tak perlu lah. Bukan over confident tapi rasa macam tak perlu pergi.”

Malahan dalam kempen, Hanipa menyebut, “tuan puan telah pilih saya sebelum ini. Saya telah sedaya upaya cuba laksanakan amanah saya sama ada di dewan atau di luar dewan.
“Jika tuan puan rasa saya gagal…tuan puan berhak tak undi saya. Saya hormat pilihan tuan puan..”

Di hari mengundi pula, kata Hanipa, beliau pusing satu Sepang walaupun tak sempat pergi kesemua tempat.

“Di satu tempat, saya didatangi petugas yang adu kat saya Polling Agent PH tidak boleh masuk dan tak boleh bertugas kerana dihalang.

“Surprisingly (mengejutkan), saya masih cool (tenang) dan tak marah atau upset (terkejut). Boleh senyum lagi,” cerita Hanipa.

Apa yang berlaku, beliau siap keluar kawasan lagi pada hari mengundi.

Pergi ke tempat Mohamad Sabu, Presiden AMANAH yang bertanding di Kota Raja dan Dr Mariah Mahmud, Ketua Angkatan Wanita AMANAH di Dun Sri Serdang.

“Saya hubungi YB Shah Alam (Khalid Samad) offering my help to kempen..dia pun macam saya ..cool n rilex,” kata Hanipa.

Apabila wartawan bertanya peluang beliau, Hanipa menjawab 50-50..tetapi lebih kepada kalah.

“Ya lah macam-macam isu depa hentam saya ..tiga penjuru lagi. Orang parti suci lagi lah mahu saya kalah. Saya terima itu semua,” katanya.

Namun, kata Hanipa, apabila beliau melihat BN meletak gambar MO1 (Datuk Seri najib Razak) di banyak tempat, “Saya kata dalam hati, habislah BN”.

“Anyway, saya lihat kempen parti suci agak canggih. Ada billboard ..mahal tu,” katanya lagi merujuk kepada Pas.

Hanipa mengakui bahan kempen beliau paling minima.

“Ya lah parti 1 peratus je,” katanya merujuk kepada sindiran sesetengah pihak bahawa AMANAH hanya disokong oleh 1% pengundi sahaja.

“Ada kawan saya kata kat saya ..dia risau di tempat dia poster saya tak ada langsung.

“Saya kata betul tapi bukan tempat dia je, tempat lain pun sama,” katanya.

Bagi Hanipa, dia sudah sedia dari segi mental untuk kalah dalam PRU 14 ini.

“Ya lah dalam PRU 13 orang kata saya menang pun nasib je …seribu lebih je majoriti. Kawan saya ramal jika saya menang pun hanya sekadar 1,800 majoriti je.”

Tiada ulasan: