MALAYSIA DATELINE
Umno-BN sepatutnya berasa malu dan perlu memohon maaf kepada Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V dan rakyat negara ini atas kebejatan yang dilakukan selama mentadbir negara di bawah bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpandangan atas kegagalan Umno-BN mentadbir negara dengan baik sehingga kerajaan Pakatan Harapan dan rakyat terpaksa menanggung hutang negara RM1trilion.
“Pemimpin Umno-BN dari kalangan bekas Menteri Kabinet khususnya bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu rasa malu, bersalah, terhina dan bertanggungjawab atas kegagalan mereka mentadbir negara dahulu.
“Atas kegagalan mereka, rakyat Malaysia,Pemimpin kerajaan PH dan Yang Di Pertuan Agong menggalas tugas bagi membina semula nama negara yang musnah di mata dunia.
“Mereka buat onar, kini rakyat dan negara pula menanggung beban,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Naib Presiden AMANAH itu berkata, sikap pemimpin Umno-BN yang
masih menghentam kerajaan PH seolah-olah Umno-BN tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Bahkan ujarnya lagi, Umno-BN merasa parti mereka berjasa besar kepada negara.
“Sikap ‘muka tebal’ dan sombong pemimpin melayakkan mereka dihukum oleh rakyat dalam PRU 14, dan selepas ini skandal pemimpin ini pula akan mengheret mereka yang melakukan kesalahan ke muka pengadilan,” ujarnya.
Tambah Mahfuz lagi,dengan perkenan Sultan Muhammad V memotong sebanyak 10 peratus alaun dan elonumen sepanjang tempoh pemerintahan serta tiada majlis sambutan hari raya di kediaman rasmi baginda di Istana Negara, bukan bertujuan untuk menutup segala apa yang di perkatakan terhadap Baginda tentang perbelanjaan besar yang tular di media sosial.
Sebaliknya kata Mahfuz, tindakan baginda itu baginda amat berjiwa besar untuk bersama dengan rakyat memperbaiki diri dan negara terhadap kesilapan bersama membiarkan pemimpin klaptokrat Umno-BN memerentah Malaysia sebelum ini.
“Titah ini adalah Keperihatin dan kepekaan dengan suasana semasa negara Ketika Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan Putrajaya, didapati *hutang negara berjumlah lebih dari RM 1 trilion.
“Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di awal minggu pentadbiran mereka mengumumkan untuk *memotong gaji mereka sebanyak 10 peratus. Pengumuman ini disusuli kemudiannya oleh pegawai tinggi kerajaan gred jusa A ke atas yang turut dipotong gaji mereka sebanyak 10 peratus.
“Dalam usaha menyelamatkan dana negara yang banyak tiris dan bocor oleh kepincangan pemerintahan Umno-BN, kerajaan Harapan mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia.
“Ia adalah mekanisme buat rakyat dalam melahirkan erti patriotik menyumbang dana kepada negara. Sehingga hari ini, Tabung Harapan telah mencecah lebih daripada RM 55 juta hasil sumbangan rakyat.
“Dalam hal ini, keprihatinan Yang Di Pertuan Agong membuktikan bahawa masalah ekonomi negara yang meruncing sekarang adalah sangat serius dan bukan rekaan semata-mata.
“Sesetengah pihak menganggap ia adalah cerita tokok tambah kerajaan Pakatan Harapan bagi melahirkan simpati rakyat agar tidak mendesak kerajaan baharu segera menunaikan janji dalam Manifesto.
*Ia adalah realiti yang berlaku, dan kebobrokan hasil kejahatan pemimpin klaptokrat Umno- BN terlalu sukar diatasi dalam tempoh terdekat.
“Tindakan Tuanku Yang Di Pertuan Agong adalah suatu isyarat kepada semua pihak untuk memastikan *usaha memerangi penyelewengan,salahguna kuasa,rasuah,ketirisan dan pembaziran mesti menjadi agenda utama negara dan di dukung oleh semua pihak termasuk pihak istana,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan