"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

MB terkejut SAINS tawar air percuma

Menteri Besar, Aminuddin Harun, melahirkan rasa terkejut dengan kesediaan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) memberikan bekalan air percuma kepada penduduk di negeri itu.

Beliau secara sinis berkata ini menunjukkan bahawa SAINS telah ada 'untung yang besar' sehingga mampu hendak beri air percuma kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) belum mempunyai rancangan untuk menawarkan kemudahan itu mahupun berjanji dalam manifesto PH menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bulan lepas.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah SAINS, Wan Rasdi Wan Ismail, Khamis lalu, bahawa bahawa syarikat itu bersedia memberikan air percuma kepada penduduk seperti dijanjikan dalam manifesto PH bagi PRU14.

Wan Rasdi dilaporkan berkata bahawa syarikat berkaitan kerajaan negeri itu tidak mempunyai masalah untuk mengikut jejak langkah Selangor dan Johor menyediakan 10 atau 20 meter padu air percuma setiap bulan jika diminta berbuat demkian oleh kerajaan negeri.

Aminuddin berkata kerajaan negeri perlu melihat semula kedudukan kewangan sebenar SAINS dan jika ia mampu maka ia tiada masalah.

“Oleh itu, kita kena lihat semula keseluruhan keuntungan SAINS sebenarnya dan kalau betul-betul kita mampu, ianya tiada masalah. Cuma kita bimbang, kita tidak mampu dan layak untuk memberi air percuma,” katanya kepada pemberita di Seremban semalam.
-Bernama

Tiada ulasan: