"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tindakan Menteri Pertanian halang kakitangan kementerian sertai program politik beliau, dipuji

AKMAL HAZIQ
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyambut baik tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang mengeluarkan arahan supaya kakitangan kementerian itu tidak ikut serta dalam program politik beliau, sekali gus tidak menggunakan eset milik kementerian.

Presiden Patriot, BG Dato’ Mohamed Arshad Raji (B) berkata, keputusan yang dibuat oleh Menteri Pertanian itu mencerminkan bahawa beliau faham tentang dua peranan beliau, iaitu sebagai menteri dan juga sebagai ahli politik.

“Kenyataan Salahuddin boleh disifatkan sebagai ciri seorang ahli politik sejati, seseorang yang tidak menggunakan jawatan di kementerian untuk memprojeksi diri sebagai seorang yang mengambil berat dan berguna.
BG Dato’ Mohamed Arshad Raji (B)

“Kami menyeru supaya kerajaan yang baharu supaya mengambil perhatian terhadap kenyataan Salahuddin ini dan memakainya sebagai polisi bagi semua menteri dan timbalan menteri.

“Kami percaya polisi seperti itu boleh menghentikan penyalahgunaan yang berleluasa yang begitu jelas berlaku pada masa lalu, sekali gus menyelamatkan kakitangan kementerian melaksanakan fungsi di luar skop tanggungjawab mereka di kementerian,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Ujar Mohamad Arshad lagi, ketua-ketua jabatan juga mesti mengeluarkan arahan spesifik kepada kakitangan yang menjelaskan apakah yang disifatkan sebagai kerja politik dan apa yang bukan.

Kata beliau, kita dapat melihat pada masa lalu ketua-ketua jabatan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bawahan supaya menghadiri program politik menteri, hanya untuk meramaikan khalayak.

Tiada ulasan: