"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib didakwa beri projek panel solar berbilion ringgit pada syarikat sewa kereta

BEKAS perdana menteri Najib Razak didakwa meluluskan projek pemasangan panel solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion pada Januari lepas.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report (SR) melaporkan projek tanpa tender terbuka itu dianugerahkan kepada syarikat sewa kereta yang berpangkalan di Bintulu, Jepak Holdings Sdn Bhd dan mendakwa Najib melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan (MOE).

Laporan itu mendakwa kakitangan MOE yang membangkitkan kebimbangan mengenai projek tersebut dipindahkan dan semua laporan polis yang dibuat mereka diabaikan pihak berkuasa sebelum pilihan raya.

"Kakitangan Kementerian Pendidikan yang membangkitkan kebimbangan mengenai kawalan kualiti (projek berkenaan) dipindahkan, mengikut maklumat kami, dan laporan kepada polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) diabaikan sehingga pilihan raya lepas,” dakwa SR.

Menurut laporan tersebut, ketua pegawai eksekutif Jepak Holdings adalah Saidi Abang Samsudin, yang merupakan naib ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak.

Projek berkenaan yang sepatutnya disiapkan dalam tempoh 18 bulan dilanjutkan sehingga tiga tahun dan sehingga kini tiada kerja-kerja pemasangan dibuat.

Jepak Holdings ketika ini menguruskan bekalan diesel dan penyelengaraan untuk 369 sekolah pedalaman dengan jumlah keseluruhan kos RM21.8 juta sebulan, yang mana sepatutnya digunakan untuk projek tenaga solar.

Najib didakwa menandatangani dua surat pada Julai 2016 dan Nomvember 2016, bagi membolehkan Samsudin melepasi keperluan untuk mendapatkan kontrak kerajaan.
-themalaysianinsight

Tiada ulasan: