"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar mahu tanding di kerusi ‘pengkhianat’, mungkin di Gombak

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang disandang bekas timbalannya, Azmin Ali.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa kerusi lain, bagaimanapun keputusan muktamad belum lagi diputuskan.

“Sejujurnya, saya belum buat keputusan lagi kawasan mana, cuma (lihat) kawasan yang boleh bagi kelebihan.

“Gombak tak semestinya, tapi tidak tolak kemungkinan,” katanya dalam sesi sembang kencang anjuran Kelab Wartawan KLS di Hotel Hilton.

Anwar berkata demikian ketika ditanya kerusi yang akan ditandinginya pada PRU15.

Tambahnya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi “pengkhianat”.

Menurutnya, kerusi Port Dickson disandangnya kini lebih solid (kukuh), berbanding 2018.

“Saya perlu memilih kawasan pengkhianat saya perlu beri mesej bahawa pengkhianatan tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Tiada ulasan: