"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Logika membingungkan Zahid

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Selepas dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaaan, Yb Presiden Umno dilaporkan media berkata, antara lain,

“Dari hari pertama sehingga keputusan hari ini, saya amat yakin bahawa perlaksanaan perundangan telah diteliti dan dilaksanakan oleh yang arif hakim”

Dia juga dilaporkan berkata:

“…..namun saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan itu tidak pernah saya lakukan.”

Dan akhirnya, dia juga dilaporkan berkata:

“Dan saya amat yakin sebagai pengerusi BN dan presiden Umno, ini kejayaan Umno-BN.”.

Jom kita jawab “seriatim” tok loya habaq (jawab satu persatu).

Ulasan hujah pertama

Bila dia menang, dia habaq yang dia “yakin pelaksanaan perundangan telah diteliti dan dilaksanakan oleh yang arif hakim”.

Nak tanya sikit je “Yb rasalah masa Najib diputuskan bersalah oleh 9 orang hakim (5 di mahkamah persekutuan, 3 di mahkamah rayuan dan 1 di mahkamah tinggi) ke atas kesemua 7 pertuduhan jenayah itu, ketika itu Yb yakin ke perlaksanaan perundangan telah diteliti dan dilaksanakan oleh yang arif hakim?”

Ulasan hujah kedua

Bila dia tidak dipanggil membela diri, maka dia pun habaq yang dia yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan (40 pertuduhan je) tidak pernah dilakukakan oleh dia.

Baiklah YB. Jika kita guna logika Yb iaitu YB dikira tidak melakukan kesemua pertuduhan dalam kes di mahkamah tinggi Shah Alam kerana Yb telah tidak dipanggil membela diri di akhir kes pendakwa, jadi macam mana pula jika Yb dipanggil membela diri di akhir kes pendakwa seperti kes YB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melibatkan juga pertuduhan rasuah?”

Bukankah jika kita guna logika Yb tersebut, maka ia akan jadi begini “Di Shah Alam itu YB dikira tidak bersalah sebab Yb tak dipanggil membela diri, maka di Kuala Lumpur Yb logiknya dikira bersalahlah kot sebab Yb kan telah dipanggil membela diri di sana? Ke lagu mana?

Maaf, saya hanya guna 100% logika YB sahaja – tak tambah dan tak kurang-.

Ulasan hujah ketiga

Hujah ketiga dia adalah oleh kerana dia telah tidak dipanggil membela diri, maka ia adalah kejayaan Umno-BN!

Baiklah untuk ulas hujah itu saya sekali lagi nak guna pakai logika dia sahaja.

Ikut logika dia bila dia tidak dipanggil membela diri, ia adalah kejayaan Umno-BN!

Oleh itu, mengguna logika yang sama, apabila ada pemimpin Umno-BN -termasuk kes dia- yang mahkamah pi panggil untuk bela diri,maka logiknya ia adalah kegagalan Umno-BN kan?

Dan dalam kes Najib bukan sahaja dia dipanggil membela diri, malahan 9 orang hakim putuskan dia bersalah! Tak ada seorang hakim pun yang ragu Najib bersalah!

Jadi yang kes Najib itu kejayaan atau kegagalan Umno-BN?

Takpe lah YB, kami setuju lah ia kejayaan Umno-BN ..kejayaan bagi hujah atau logika yang amat-amat membingungkan!

Ok dont worry be happy.

Tiada ulasan: