"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ebit Lew tiba untuk perbicaraan kes gangguan seksual

Yun Mikail

am@hmetro.com.my

EBIT Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom. FOTO Yun Mikail

EBIT Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom. FOTO Yun Mikail

Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di Mahkamah Majistret Tenom di sini, hari ini, untuk menghadiri perbicaraan hari pertama kes pertuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Ebit tiba di perkarangan mahkamah, kira-kira 9 pagi, dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam, dan diiringi beberapa kenderaan lain.

Beliau yang memakai baju kemeja serba hitam serta berkopiah putih, ditemani peguam serta sekumpulan individu, kelihatan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Ebit, pada 18 Februari lalu, didakwa atas 11 pertuduhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Liew dijadual berlangsung dari 27 hingga 30 September.

Tiada ulasan: