"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Saya terdengar satu bisikan…’, Nazrey buka mulut kenapa keluar Raihan ketika di puncak populariti

SITI NUR ZAWANI MISCON

Bekas vokalis kumpulan Raihan, Ustaz Nazrey atau nama sebenarnya, Nazrey Johani pernah menjadi bualan hangat selepas secara tiba-tiba mengundurkan diri dari kumpulan Raihan yang sedang meningkat popular ketika itu.

Ramai tidak tahu apa yang menyebabkan dia mengundurkan diri tetapi baru-baru ini tular satu video temubual bersama ustaz Nazrey yang dimuatnaik di TikTok.

Ustaz Nazrey berkata dia mengambil keputusan meninggalkan kumpulannya selepas memikirkan bahawa dia selalu berasa susah hati walaupun sedang popular.

Dia juga tidak sukakan populariti yang diraihnya mendorong dia untuk berdoa agar Allah mengeluarkan dia dari kumpulannya secara baik.

“Selama saya dengan Raihan, saya tidak pernah senang hati. Walau pergi luar negara jauh-jauh saya dah susah hati. Saya tak ada perasaan teruja bila pergi ke luar negara. Yang ada dalam diri saya, termenung fikir kerja.

“Selama saya dalam Raihan saya tak pernah banggakan benda itu. Saya selalu berdoa ‘ya Allah jika ini bukan tempat saya, keluarkan saya secara baik’. Selalu saya berdoa begitu. Saya tak nak populariti itu. Saya tak suka tempat ini, hati saya tak tenang,” katanya.

Selepas 14 tahun dia berada bersama dengan Raihan, dia kemudian memutuskan untuk meninggalkan kariernya selepas mendapat hidayah yang menjentik hatinya untuk tetap tinggal di kampung halamannya, Sabah.

Menceritakan detik itu, Nazrey berkata, dia pada awalnya dihubungi seorang rakan yang meminta pertolongan untuk sama-sama membantu berdakwah di Sabah.

Mungkin dengan kehadiran Nazrey ketika itu yang memang cukup popular namanya, boleh menarik lebih ramai orang di sana untuk menyertai program di surau-surau.

Terdengar bisikan meminta Nazrey teruskan dakwah

Selepas beberapa hari mengikut dakwah bersama rakan, Nazrey berkongsikan bahawa dia terdengar bisikan yang memintanya untuk menetap terus di Sabah dan menyambung dakwah di sana.

“Lepas 20 hari di kampung dan selepas Asar, saya balik rumah duduk-duduk. Saya baring-baring lepas itu terdengar bisikan di telinga saya masuk sampai ke hati.

“Nazrey, kau teruskan kerja dakwah ini. Tapi ingat, yakin dengan rezekiku’. Dia kata teruskan dakwah tapi kena yakin dengan rezekiku..Betul juga. Kalau aku tinggalkan Raihan, aku kena hidup dan cari duit sendiri,” katanya lagi.

Sejak itulah Nazrey kemudian bertekad untuk meneruskan dakwah dan berdepan dengan ahli kumpulan raihan yang lain untuk menyatakan hasrat keluar dari kumpulan.

Nazrey menarik diri dari kumpulan nRaihan ketika dia menjadi antara artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album sahaja lebih daripada 800,000 unit. Sampai sekarang pun tak ada mana mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod itu

Lagu Sesungguhnya dalam album Puji-Pujian (1997) pernah mencetus fenomena sehingga laku keras dijual sebanyak 1.5 juta salinan.

Tiada ulasan: