"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaharin Mohd Yasin gembira setelah dipecat dari Umno

Zaharin jawab selepas dipecat, tiada kesan apa sebab Umno akan berkubur lepas PRU15

NASUHA RAHMAN

Selepas dipecat sebagai ahli parti, Ketua Cawangan Umno Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan, Zaharin Mohd Yasin berkata Umno akan berkubur selepas PRU15 nanti.l

Pemecatan beliau katanya tidak akan memberi kesan kepadanya sebaliknya ia sebagai platform untuknya terus berjuang menyedarkan rakyat.

“PRU15 ini akan terus membenamkan dan menguburkan umno untuk selama-lamanya kerana rakyat tidak akan menerima pemimpin yang rasuah berjuta-juta ringgit untuk kepentingan diri dan ahli keluarganya

“Pada saya ini membolehkan saya menyedarkan rakyat,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya malam tadi.

Zaharin yang dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kerana didakwa lantang menentang pemimpin partinya sendiri.

“Saya terima pemecatan ini dengan hati terbuka. Pemecatan ini sebenarnya umpama pucuk dicita ulam mendatang,”

Zaharin turut menjelaskan, beberapa pemimpin dan rakan dalam PKR memaklumkan pada Anwar Ibrahim untuk mencadangkan namanya bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jika Anwar tidak bertanding, mereka memberitahu orang yang boleh menggantikannya di Bandar Tun Razak ialah saya.

“Saya tidak berminat tetapi jika ada desakan daripada pimpinan pembangkang, saya cuba pertimbangkan.

“Jika saya bertanding atas tiket PH (Pakatan Harapan), melalui PKR, saya boleh menang kerana saya mempunyai ramai pengikut di Bandar Tun Razak,” katanya.

Tiada ulasan: