"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing tular culik budak dihadapkan ke mahkamah

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul@hmetro.com.my

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Raub: Wanita warga Pakistan yang tular kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands, baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pertuduhan ke atas Bibi Nasihat, 42, tidak dibacakan berikutan dia tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris, serta tiada jurubahasa yang fasih dialek Pashto.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya kemudian menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Punitha, manakala tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sebelum ini tular di media sosial seorang kanak-kanak dikatakan hampir menjadi mangsa culik wanita warga asing di pusat peranginan Genting Highlands.

Semalam, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilapor berkata, wanita warga asing itu akan didakwa mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: