"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya bebas ‘serang’ pemimpin Umno rasuah, kata Zaharin selepas dipecat parti

FMT Reporters

Zaharin Mohd Yasin dipecat sebagai ahli Umno kerana melanggar etika ahli di bawah Fasal 20.9 perlembagaan parti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Cawangan Umno Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan, Zaharin Mohd Yasin yang dipecat sebagai ahli parti malam ini berkata, beliau telah “bebas” untuk berjuang menumbang bekas pemimpinnya yang rasuah.

Zaharin yang dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kerana didakwa lantang menentang pemimpin partinya sendiri.

MKT Umno juga menggantung Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Umno Alor Setar Mohd Yusof Ismail selama dua penggal (enam tahun).

“Saya tak sedih pun bila kena pecat, saya sudah berjuang. Buat sementara waktu, saya tak menyertai mana-mana parti.

“Saya terima pemecatan ini dengan hati terbuka. Pemecatan ini sebenarnya umpama pucuk dicita ulam mendatang,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya malam ini.

Zaharin turut menjelaskan, beberapa pemimpin dan rakan dalam PKR memaklumkan pada Anwar Ibrahim untuk mencadangkan namanya bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jika Anwar tidak bertanding, mereka memberitahu orang yang boleh menggantikannya di Bandar Tun Razak ialah saya.

“Saya tidak berminat tetapi jika ada desakan daripada pimpinan pembangkang, saya cuba pertimbangkan.

“Jika saya bertanding atas tiket PH (Pakatan Harapan), melalui PKR, saya boleh menang kerana saya mempunyai ramai pengikut di Bandar Tun Razak,” katanya.

Tiada ulasan: