"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aksi gelek lucah di Melaka penganjur kena mohon maaf

Reza A Hamid

MELAKA – Penganjur Star Vendors didesak memohon maaf berhubung kejadian aksi gelek lucah yang berlaku ketika penganjuran festival itu di Melaka selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, penganjur juga perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang melampau dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat negeri Melaka.

“Aktiviti murahan seperti ini tidak diperlukan dan perlu ditentang dan pihak penganjur Star Vendors di MITC perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang melampau dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

“Kami mendesak agar permohonan maaf dari pihak penganjur dan mereka perlu diharamkan untuk mengadakan sebarang anjuran acara di dalam negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak semalam, tular di laman sosial video berdurasi hampir dua minit aksi gelek menayangkan bentuk pinggul oleh pempengaruh, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM bersama dua individu lain.

Aksi ghairah itu dikatakan berlaku ketika Starvendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa Melaka yang berakhir semalam. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: