"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Suami parah ditetak isteri

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Seorang wanita ditahan reman selama enam hari di Mahkamah Kota Bharu selepas dipercayai menetak suaminya menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, di sini, petang kelmarin. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Seorang wanita ditahan reman selama enam hari di Mahkamah Kota Bharu selepas dipercayai menetak suaminya menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, di sini, petang kelmarin. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menetak suaminya di lengan kanan menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, di sini, petang kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun ditahan di rumahnya jam 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata jam 12 tengah malam kelmarin.

"Berdasarkan keterangan bapa mangsa, dia dimaklumkan oleh anaknya yang lain memaklumkan mangsa berusia 31 tahun ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

"Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa jam 3 petang semalam.

"Hasil ujian saringan awal terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikit Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: