"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan

KOSMO!
Seorang lelaki dilihat melakukan gerakan solat di halangan Gereja Permaean, Medan Sumatera pada 18 Mei lalu. - Okezone
JAKARTA, Indonesia –  Seorang lelaki melakukan gerakan solat di halaman sebuah gereja di Jalan Taduan, Medan, wilayah Sumatera Utara pada 18 Mei lalu, lapor portal berita Okezone hari ini. 

Lelaki  memakai baju berwarna coklat dan ketayap putih itu dilihat melakukan gerakan solat di Gereja Permaean. Perbuatannya dilihat oleh orang ramai.

Aksi lelaki tersebut mendapat perhatian netizen, namun kakitangan Gereja Perdamaean menyatakan bahawa ia bukan kali pertama dia berbuat demikian.

Terdapat juga dakwaan bahawa lelaki itu mengalami gangguan jiwa.

Polis juga masih meminta maklumat kejadian tersebut daripada seorang lelaki yang menyebarkannya di media sosial. – Agensi

Tiada ulasan: