"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda PKR Johor: Ada cubaan tukar tarikh ‘pesta seks’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR Johor, Mohamad Taufiq Ismail mendakwa penganjuran “Gang Bang JB Party” yang mencetuskan kontroversi sebelum ini akan diteruskan pada tarikh baharu, tetapi lokasinya dirahsiakan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ada cubaan menukar tarikh penganjuran acara itu ke 10 Jun ini, walaupun dikecam dan dibantah pelbagai pihak.

Tetapi katanya, hantaran itu sudah dipadamkan.

“Pesta seks ini memang belum berlaku, tetapi ada poster yang tular. Mula-mula 20 Jun, tetapi dalam ciapan Twitter baharu, dipercayai penganjur tersilap tarikh dan akan ditukar kepada 10 Jun, tetapi saya lihat ia sudah dipadam.

“Tarikh, masa semua sudah ada, tetapi tempat dirahsiakan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau meminta polis dan pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan drastik bagi menghalang penganjuran acara itu.

“Kita harap perkara ini boleh dicegah kerana bimbangkan khususnya anak muda. Aktiviti ini perlu dihentikan kerana akan mencemar imej Malaysia sebagai negara Islam.”

Selasa lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid dilapor mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengambil tindakan segera selepas tular poster “Gang Bang JB Party” yang dijadualkan berlangsung 20 Jun ini.

Tiada ulasan: