"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AstraZeneca akhirnya tarik balik vaksin Covid-19 selepas pengakuannya yang mengejutkan

Harapandaily

AstraZeneca akhirnya menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia selepas pengakuannya yang mengejutkan.

Vaksin keluaran syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas AstraZeneca secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

Lapor Agensi, permohonan syarikat terbabit untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei.

Permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria, pada bulan depan.

Sementara itu, menurut AstraZeneca ia telah memulakan penarikan vaksin Covid-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu.

Syarikat itu juga berkata, ia akan meneruskan untuk menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di Eropah.

“Memandangkan pelbagai jenis vaksin Covid-19 telah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini yang tersedia,” kata syarikat itu.

AstraZeneca yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat Covid-19 merosot.

Keputusan menarik balik itu dipercayai dibuat selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari, ia membuat beberapa pengakuan, antaranya, ia menyatakan vaksin COVID-19 buatannya ‘boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS atau ‘Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome’ iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Bulan lalu, media melaporkan AstraZeneca buat kali pertama mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound.

Sehingga kini,terdapat 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi dengan tuntutan ganti rugi dianggarkan mencecah sehingga £100 juta (RM512 juta).

Gergasi farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Peguam berhujah bahawa vaksin Itu menghasilkan kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil individu.

AZ ialah syarikat senarai awam kedua terbesar di UK, dengan modal pasaran melebihi £170 bilion (RM870 bilion).

Tiada ulasan: